Wednesday, April 14, 2010

Kolej Poly-Tech MARA Tunai Tanggungjawab Sosial


JUMAAT, 5 Februari 2010 - JERLUN- Atas dasar tanggungjawab sosial dan mendapat pendedahan terhadap aktiviti kemasyarakatan, Kolej Poly-Tech MARA kali ini inisiatif menyertai program anjuran Pemuda Umno Malaysia dalam Operasi Khidmat Masyarakat 1 Malaysia di DUN Kota Siputeh, Jerlun Kedah.

Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata, penyertaan daripada KPTM adalah inisiatif terbaik untuk sama-sama memberikan khidmat kebajikan dalam program seumpama ini.

Penyertaan ini adalah sempena Program Kempen Penambahan Ahli dan Daftar Pemilih Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, di Dun Kota Siputeh, Jerlun Kedah baru-baru ini.

Pada masa sama, katanya ia dapat merapatkan hubungan antara institusi pengajian tinggi dengan masyarakat setempat.

Disamping itu, penyertaan daripada pelajar jurusan Kejururawatan KPTM, Kampus Kejururawatan Kemumim, Kota Bahru Kelantan yang melakukan pemeriksaan kesihatan percuma bergerak dari rumah ke rumah dapat memberi pengalaman kepada mereka dalam bidang yang diceburi.

Antara aktiviti yang dilakukan adalah membaiki rumah, mengecat, membersih kawasan dan pemeriksaan kesihatan.

Kata Sohaimi, KPTM akan sentiasa bergerak aktif dalam aktiviti-aktiviti seperti ini sekaligus ia sebagai peluang publisiti kepada KPTM untuk lebih dikenali.

KPTM turut menyediakan gerai pameran dan promosi untuk memberi maklumat terkini kepada orang ramai. Selain itu, turut di sediakan adalah gerai pemeriksaan kesihatan percuma kepada orang ramai.

Kira-kira 70 orang pelajar mengambil bahagian dalam program itu yang tediri daripada Pelajar Jurusan Kejururawatan Kampus Kemumim Kota Bahru seramai 38 orang dan 30 orang wakil pelajar daripada KPTM Alor Setar dalam Jurusan Diploma Information Technology dan Diploma System Networking.

Majlis Pelancaran program itu di rasmikan oleh Menteri Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar (KKLW), Dato’ Seri Shafie Apdal. Turut hadir, Ahli Parlimen Jerlun, Dato’ Mukhriz Mahathir, Naib Ketua Pemuda Umno, Dato’ Razali Ibrahim, ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Jerlun dan ramai lagi.

No comments:

Post a Comment