Wednesday, April 14, 2010

Hari Kesedaran 1 Malaysia~

KHAMIS, 18 Februari 2010 - KUALA LUMPUR - Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) pada 18 Februari lalu menganjurkan program ”Hari Kesedaran 1Malaysia” sebagai satu cara untuk menerapkan semangat cintakan negara di kalangan warga KPTM.

Ia sekaligus membina warga KPTM yang progresif selari dengan pendidikan dan ilmu pengetahuan yang tinggi untuk mencapai kejayaan.

Dengan menerapkan semangat 1Malaysia kepada warga KPTM, ia adalah sebagai asas bagi sesebuah negara untuk maju dan berjaya. Selaras dengan konsep 1Malaysia, budaya pembelajaran sepanjang hayat perlu menjadi amalan terutamanya dari institusi-instusi pendidikan dan pengajian tinggi.

Oleh itu, KPTM mengambil peluang itu untuk menyahut seruan kerajaan dan disematkan di kalangan mahasiswa tentang tanggungjawab menyebarluaskan maksud gagasan 1Malaysia kepada masyarakat umum

Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Penuntut-penuntut IPT adalah golongan yang perlu diterapkan dengan semangat ini agar mereka tidak terus hanyut dengan peredaran zaman yang melekakan mereka dengan budaya-budaya barat.

Disamping itu, program ini juga dapat memberi kesedaran kepada warga KPTM yang sudah layak mengundi untuk mendaftar sebagai pemilih dengan penyertaan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), sekaligus dapat menyemai semangat patriotik dan menunaikan tanggungjawab kepada negara.

Dengan adanya program seperti ini, ia dapat membuka minda penuntut-penuntut KPTM untuk terus memandang ke hadapan untuk mencapai kejayaan, dengan berteraskan 1Malaysia.

Secara langsung ia juga dapat menyisihkan sifat mementingkan diri sendiri dan mewujudkan sikap menghargai dan menghormati prinsip-prinsip etnik setiap kaum di negara ini, dan menganggap ianya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan.

Pelancaran ”Hari Kesedaran 1Malaysia” hari ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Sohaimi Shahadan, Pengerusi KPTMSB/KPTM yang juga merangkap Exco Pemuda Umno Malaysia.

Ia turut di sertai oleh pelbagai pameran, antara agensi yang turut terlibat dalam menjayakan pameran ini adalah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Pusat Darah Negara, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan, Bank Islam, dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

No comments:

Post a Comment